5.7.06

004. Sinopsis Cinta Remaja 2

Video klip ini mengisahkan tentang seorang remaja perempuan yang hamil kerana melakukan hubungan seks tanpa perlindungan.

Kita akan mengetahui
  1. Bagaimana dia membuat keputusan untuk menyimpan anak dalam kandungannya itu
  2. Bagaimana dia menghadapi cabaran daripada masyarakat dan ibunya
  3. Bagaimana dia mendapat pertolongan
  4. Bagaimana reaksi ibunya apabila mengetahui bahawa anaknya telah hamil
  5. Bagaimana ibunya melayannya semasa dia sedang hamil

Bahagian 1

  • Izza mengandung pada usia yang muda remaja.
  • Salah siapa? Ibunya ataupun dirinya sendiri? Mengapa?
  • Adakah reaksi ibu Izza itu betul? Mengapa?
  • Adakah Zul melakukan keputusan yang betul untuk meninggalkan Izza setelah membuatnya hamil? Mengapa?
  • Jika kamu berada dalam keadaan Izza, apa yang akan kamu lakukan?
  • Adakah kamu akan menyimpan anak dalam kandungan kamu itu ataupun menggugurkannya? Mengapa?

Bahagian 2

  • Adakah kelakuan dan perbuatan ibu Izza terhadapnya itu betul? Mengapa?
  • Adakah reaksi Mak Cik Kepo dalam video itu betul? Mengapa?

Bahagian 3

  • Adakah keputusan Izza memberi anaknya kepada orang lain itu wajar? Mengapa?

3.7.06

003. Aksi-Aksi Srikandi Remaja


002. Anggota Srikandi Remaja


Kumpulan kami terdiri daripada
  1. Siti Zinnirah
  2. Iffa Iryani
  3. Adilah Othman
  4. Nur Amirah Mathuri
  5. Nur Hanisah
  6. Sharifah Maryam

001. Srikandi Remaja: Cinta Remaja 2


Inilah video-video klip terakhir hasil karya pelajar-pelajar Menengah 4 Ekspress tahun 2006. Kumpulan ini merupakan gabungan dua kumpulan projek iaitu Srikandi dan Remaja Gagah.

Gabungan dua kumpulan tersebut nampaknya menunjukkan hasil yang amat memuaskan kerana mereka telah berjaya membuat suatu persembahan yang bermutu semasa Sesi Pelita Ilmu.